Roti

Resepi Roti Sobek Pandan, Uli Pakai Tangan

resepi-roti-sobek-pandan-uli-pakai-tangan

Resepi Roti Sobek Pandan, Uli Pakai Tangan

Bahan-Bahan:

  • 250 gm tepung gandum atau tepung roti **
  • 35 gm gula pasir **
  • 1 biji telur **
  • 1 sudu teh yis kering **
  • 1 sudu makan susu tepung **
  • 110 ml susu cair **
  • 1/8 sudu teh pes/pewarna pandan brand nona manis **
  • 40 gm marjerin
  • 1/2 sudu teh garam halus **
  • 1/2 sudu teh bread softener **
  • 1/2 sudu teh bread improver **

Untuk Glaze:

  • Susu cair disapu/spray (sebelum dibakar)
  • Marjerin disapu (setelah dibakar)

Untuk inti kali ini saya guna kastad filling readymade.

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan bertanda (**) kecuali marjerin, aduk rata dan uli. Kemudian tambahkan marjerin terus menguli lagi hingga betul-betul licin (adunan memang lembik), kerap licinkan tangan dengan marjerin.

2. Bahagikan adunan kepada 9 bahagian, tutup dan rehatkan hingga kembang selama 1 jam.

3. Buang angin doh, kemudian doh dipotong kepada dua bahagian bulatkan dan leperkan adunan, letak inti kesukaan dan bulatkan kembali dengan kemas.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Berprotein Tinggi Dengan Inti Kacang Merah

4. Rehatkan lagi sehingga naik dua kali ganda saiznya. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu, bakar suhu 180 selama 20-25 minit atau hingga masak ikut oven masing-masing. Saya guna oven milux 80l.

5. Keluarkan dari oven permukaannya disapu dengan marjerin. Apabila sejuk, sedia untuk dinikmati.

Resepi Roti Sobek Pandan, Uli Pakai Tangan

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish