Kek

Resepi Muffin Coklat Hazelnut

resepi-muffin-coklat-hazelnut

Resepi Muffin Coklat Hazelnut

Bahan-Bahan:

1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
3/4 cawan coklat cip
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar nutella
2 sudu besar serbuk koko
1/3 cawan kacang hazelnut
1 cawan susu full cream
1/3 cawan minyak jagung atau mazola

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.

2. Ayak tepung gandum bersama serbuk baking soda, serbuk baking powder, serbuk koko dan garam.

3. Dalam mangkuk berasingan masukkan susu, telur, esen vanila dan minyak jagung. Kacau sebati.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering iaitu bahan ayak tadi. Kacau dengan menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan coklat cip dan hazelnut yang dicincang kasar.

5. Sudukan ke dalam muffin cup, 3/4 penuh. Taburkan dengan coklat cip dan bakar selama 20-25 minit. Boleh juga ditabur dengan hazelnut cincang.

6. Cucuk dengan lidi di tengah dan apabila lidi besih ketika ditarik keluar muffin sudah masak sepenuhnya.

Muffin Coklat Hazelnut