Resepi Mee Kurnia

Resepi Mee Kurnia

Bahan-Bahan:

4sb serbuk rempah sup
4sb serbuk rempah kurnia
1kiub stok ayam
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukupnya
ayam secukupnya (dipotong-potong masuk dalam kuah)
fish ball/ meat ball secukupnya

Bahan di kisar –

2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
10 tangkai lada kering

Bahan di celur –

mee kuning secukupnya
kobis secukupnya
sawi secukupnya
udang secukupnya
sotong secukupnya

Cara Membuat:

1. Tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Masukkan ayam, gaul sebati.

2. Tambah rempah sup dan rempah kurma dan sedikit air, gaul sebati hingga timbul minyak.

3. Tambah air secukupnya, masukkan meat ball, garam dan gula. Biarkan api kecil, masak hingga mendidih dan kepekatan yang dikehendaki.

4. Cara menghidangnya. Letak mee dalam mangkuk, tambah bahan yang dicelur. Jirus kuah, tabur bawang goreng dan sedap dimakan dengan cili jeruk atau pun sambal kicap cili padi.

Resepi Mee Kurnia