Mee

Resepi Mee Kolok Sarawak

resepi-mee-kolok-sarawak

Resepi Mee Kolok Sarawak

Bahan-Bahan:

Mee Sanggul – 3,4 Gulung
Perencah Sup – 1 Sudu Besar
Daging Lembu – 100gm
Bawang Putih – 5 Ulas (dicincang)
Cili Api – 8 Biji
Serbuk Lada Hitam – 1 Sudu Kecil
Minyak masak – 4 Sudu Besar
Kicap Manis – 5 Sudu Kecil
Kicp Pekat – 1 Sudu Kecil
Limau Kasturi – 2 Biji (ambil jusnya)
Sos Ikan / Sos Soya – 1 Sudu Kecil
Cuka – 1 Sudu Kecil
Daun Bawang & Daun Sup (dihiris)
Air Secukupnya
Garam Secukup Rasa

Cara Memasak:

Cara Memasak Sup:

1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.

2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.

3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

Cara Memasak Mee :

1. Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.

3. Masukkan pula mee yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.

4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.

5. Di dalam kuali yg sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.

6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.

Cara Memasak Sambal:

1. Tumbuk/kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)

Cara Menghidang:

1. Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan.

2. Kemudian taburkan daging, bawang putih yang telah digoreng garing dan hiaskan dengan daun bawang.

3. Sediakan juga semangkuk sup yg ditabur dengan daun sup sebagai kuahnya jika suka.

mee-kolok-sarawak