Kek

Resepi Kek Keju Mangga Dingin

resepi-kek-keju-mangga-dingin

Resepi Kek Keju Mangga Dingin

Bahan-Bahan:

Dasar Biskut –

150gm biskut digestive – dihancurkan
70gm mentega cair

Adunan Keju –

250gm cream cheese – suhu bilik
60gm gula kaster
1 sudu besar lemon jus
1 biji mangga (kisar, jadikan puri mangga), ketepikan 4 sudu besar utk glaze**
140ml yogurt (1 pack kecil)
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
50ml air
1/2 biji mangga – potong dadu

Glaze –

1/2 sudu besar gelatin
50ml air
4 sudu besar puri mangga** + 1 sudu besar gula pasir (gaul rata)

Hiasan –

3 biji mangga gold waterlily (di hiris nipis)
1 sudu kecil serbuk agar-agar
1 sudu besar gula pasir
100ml air

Loyang 7″ Loose Base Tin

Cara Membuat:

1. Dasar Biskut – Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.

2. Adunan Keju – Pukul whipping cream hingga pekat. Ketepikan.

3. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan.

4. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan tidak berketul. Masukkan puri mangga, lemon jus dan yogurt, putar hingga bergaul rata.

5. Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaupbalik hingga sebati.

6. Atur kiub mangga di atas dasar biskut. Kemudian tuang adunan keju dan ratakan. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

7. Glaze – Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sebentar. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Gaul bersama puri mangga hingga rata, biarkan suam baru di tuang ke atas adunan keju. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga beku.

8. Hiasan – Susun hirisan mangga membentuk bunga ros atau yang disukai.

9. Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga mendidih. Kacau hingga wapnya hilang dan suam baru di tuang ke atas hirisan mangga. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.

Tips :

1. untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong.

2. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.

kek-keju-mangga