Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa
Salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan. Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut.
Bahan-Bahan:
- Ayam – 1 ekor (cuci bersih, lumur dengan limau nipis, cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Saya ikat guna daun pandan)
- Cili Besar – 3 biji*
- Bawang merah- 8 biji*
- Bawang putih- 6 biji*
- Halia- 2 inci*
- Kunyit hidup- 4 inci*
- Cili padi- 4/5 biji* (jika suka pedas)
- Buah keras – 6 biji* (sangai dahulu)
- Kencur@cekur- 3 inci*
- Lengkuas- 4 inci (ketuk)
- Serai – 2 batang (ketuk)
- Serbuk Ketumbar- 1/2 sudu makan
- Serbuk Lada Hitam- 1 sudu makan (saya guna lada hitam biji blend sekali dengan bahan lain)
- Daun salam- 6 helai
- Daun limau purut- 6 helai
- Santan pekat- 1 paket (sy guna santan segar)
- Serbuk perasa
- Garam
- Gula pasir (sedikit sahaja)
- Asam jawa
- Minyak masak
Cara Memasak:
1. Kisar semua bahan bertanda (*) bersama sedikit air dan minyak sehingga halus.
2. Panaskan minyak, masukkan serai dan lengkuas. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan lumur rata semua bahan yang telah ditumis tadi. Masukkan rempah tumisan sedikit ke dalam perut ayam.
4. Masukkan santan dan air sehingga separuh ayam. Masukkan daun salam dan daun limau purut. Perasakan dengan garam, asam jawa, serbuk perasa dan sedikit gula.
5. Masak sehingga kuah memekat dengan api sederhana selama lebih kurang 40 minit dan tutup periuk atau kuali. Sentiasa bolak-balikkan ayam supaya masak sekata.
6. Insyallah hidangan ini sangat MENYELERAKAN. Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk maljis kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng.
Resepi Oleh: Azlan Syazani Adanan