Kuih Muih

Resepi Kuih Tepung Pelita

resepi-kuih-tepung-pelita

Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahagian Bawah: (Kaler Hijau)

1 cawan rata tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan air + 5 helai daun pandan kisar dan tapis jadikan 5 cawan air pandan
1 sudu kecil air kapur (tak buh pun boleh)
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit gula pasir (untuk tabur pada kuih)

Caranya:

1. Satukan semua bahan dalam periuk kacau guna whisk supaya tak berbintil-bintil. Masak atas dapur dan kacau sebati guna whisk.

2. Guna api sederhana perlahan dan masak hingga pekat berkilat dan meletup-letup, tutup api.

3. Masukkan dalam jug, tuang dalam kelongsong daun pisang atau bekas dadih plastik yang kecil-kecil.

4. Kemudian, tabur secubit gula atas lapisan hijau.

Bahagian Atas: (kaler putih)

4 sdb tepung beras
2 sdb tepung jagung
3 cawan air
1 cawan santan pekat
Sedikit garam

Caranya:

1. Satukan semua bahan kacau guna whisk. Kemudian, masak dan kacau guna whisk hingga pekat meletup-letup dan berkilat.

2. Masukkan dalam jug, tuang atas lapisan bawah. Biarkan sejuk depan atau bawah kipas, nak cepat masukkan dalam peti sejuk.

Resepi Kuih Tepung Pelita

Resepi Oleh: Mariana Zainal