
Resepi Kuih Qasidah
Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
1 liter air
150 gm gula
4 ulas bawang merah
Minyak untuk goreng bawang
Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Bancuh tepung bersama dengan air dan gula, kacau sehingga sebati.
2. Panaskan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa supaya tidak hangus.
3. Kacau selalu sehingga 20 minit, macam buat puding jagung.
4. Bila adunan tadi sudah berkilat dan tak melekat di tangan, bolehlah diangkat.
5. Tuang adunan dalam bekas yang nipis dan biar sehingga sejuk.
6. Goreng bawang dengan minyak sehingga keperangan, tapis minyak dan taburkan di atas qasidah tadi.