Kuih Muih

Resepi Kuih Mochi Kacang Merah

resepi-kuih-mochi-kacang-merah

Resepi Kuih Mochi Kacang Merah

Bahan-Bahan:

  • 1 ½ cawan tepung pulut
  • ½ cawan tepung jagung
  • 200gm pes kacang merah (beli kat kedai bakery)
  • ¼ cawan gula
  • 1 cawan air
  • Sedikit pewarna pilihan

Cara Memasak:

1. Masukkan tepung pulut, air, pewarna dan gula ke dalam bekas dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan ke dalam microwave selama dua minit atau kalau pakai pengukus 15 minit. Kemudian digaul sehingga adunan menjadi kental.

2. Taburkan tepung jagung di atas dulang dan letakkan adunan mochi di atasnya. Bentukkan adunan menjadi memanjang dan potong kepada beberapa bahagian kecil (untuk membentuk mochi).

3. Ambil satu potongan mochi dan ratakan. Masukkan inti kacang merah di tengah-tengah kuih dan tutup bahagian yang terbuka. Lakukan langkah yang sama sehingga adunan habis.

4. Golekkan kuih mochi di dalam snow sugar atau blend halus gula. Lepas golek-golek jangan letak rapat-rapat, jarakkan kalau tidak nanti melekat. Siap dan boleh terus dimakan.

Resepi Kuih Mochi Kacang Merah

Resepi Oleh: Nur Bazilah Ibrahim