Kuih Muih

Resepi Kuih lapis Pisang

resepi-kuih-lapis-pisang

Resepi Kuih lapis Pisang

Bahan-Bahan:

Bahan A –

2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam

Bahan B –

1 cawan pisang emas/berangan – dilecek
1/4 cawan air

Bahan C –

1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara Membuat:

1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.

2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.

3. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)

4. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.

5. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).

6. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 – 12 minit.

7. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Loyang Santan

Kuih lapis Pisang