Kuih Muih

Resepi Kuih Koci

resepi-kuih-koci

Resepi Kuih Koci

Bahan-Bahan:

250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
200ml air
150gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
1/2 sudu teh garam
daun pisang *dipotong

Bahan A –

300gm tepung pulut
240-250ml air
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat:

1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.

2. Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.

3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti ini.

4. Bancuhkan bahan (A) hingga sebati. Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.

5. Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.

6. Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.

kuih-koci