
Resepi Bahulu Gulung Inti Nenas
Bahan-Bahan:
Bahan Inti –
1 biji nenas saiz besar diparut dan ditoskan airnya
2 sudu besar margerin
gula secukupnya
sedikit pewarna kuning
Bahan Bahulu –
3 biji telur gred A
90 gram gula halus
100 gram tepung gandum}
1/2 sudu kecil serbuk penaik} diayak
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara Membuat:
Inti –
1. Masak parutan nenas tadi bersama gula dan pewarna kuning. Rasakan manis yang dikehendaki.
2. Agak-agak hampir masak inti tadi tambahkan dengan margerin biar berkilat.
3. Kacau sebati, angkat setelah inti masak. Inti hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum di sapu pada bahulu.
Bahulu –
1. Pukul telur dan gula hingga benar-benar kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
2. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan gaul sebati.
3. Lenserkan kertas minyak yang di alas atas dulang pembakar saiz empat segi dengan margerin.
4. Tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit pada api atas sahaja, bergantung pada oven masing-masing.
5. Setelah masak keluarkan bahulu dari acuan dan sapu jem nenas secara merata. Gulung dengan lembut. Potong bahulu sebelum dihidang.