Resepi Kuih Akok Pandan Kedut
Bila bulan ramadhan kuih ni paling di cari-cari kan?, rasanya yang lembut, lemak manis amat menyelerakan. Resepi anggaran untuk 32 biji kuih akok.
Bahan-Bahan:
- 1 kotak (200ml) santan kelapa
- 7 biji telur ayam (Gred C)
- 2 keping gula melaka
- 7 helai daun pandan
- 1 1/2 cwn air
- 1/2 cwn tepung gandum
- 1sk garam
- Sedikit minyak masak
Cara Masak:
1. Gula melaka, 1 cawan air dan 1 helai daun pandan dimasak atas api hingga gula cair, tapis sejukkan seketika.
2. 7 helai daun pandan dipotong kecil dan dikisar dengan 1/2 cawan air, kemudian tapis ambil airnya.
3. Dalam mangkuk, satukan air gula melaka, air daun pandan, telur, garam dan tepung gandum. Gaul rata kemudian dikisar hingga sebati.
4. Adunan akan ada buih selepas dikisar, cedok dan buang buih tu. Kemudian masukkan santan kotak ayam brand, gaul rata.
5. Panaskan cupcake maker selama 1-2 minit, oleskan sedikit minyak masak pada acuan, tuang adunan separuh penuh ke dalam acuan, kemudian tutup.
6. Apabila kuih akok dah masak penutup cupcake maker akan terbuka dengan sendirinya. Jika kuih akok belum warna keperangan, balikkan kuih dan tutup semula.
7. Bila kuih akok dah warna keperangan angkat dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: sunflower_october