Makanan Laut, Mee

Resepi Kuey Tiow Ladna Special

resepi-kuey-tiow-ladna-special

Resepi Kuey Tiow Ladna Special

Bahan-Bahan:

1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
Cendawan Butang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau ada)
sedikit kicap
ayam dan daging (rebus untuk dapatkan airnya)
*Air Rebusan

Bahan Hiasan –

Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang

Cara Memasak:

1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat).

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.

5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.

6. Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.

7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi

8. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis, jagung dan air tepung jagung.

9. Perahkan sedikit limau kasturi

10. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut.

12. Curahkan kuah ke atas kuey teow tadi. Hidangkan.

Kuey Tiow Ladna Special