Resepi Kerutub Daging

Bahan-Bahan:

1 kg daging (nak lembut guna batang pinang)
2 biji kentang-belah
11/2 peket rempah kerutub adabi +
1 sudu makan rempah kurma
1/2 kotak santan (kotak kecik-100ml)
3 sudu makan bawang goreng
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan gula merah
3 sudu makan kicap
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*sedikit belacan
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam dan perasa
2 keping asam keping
Cili padi/cili besar – dibelah
1 biji Bawang besar – belah 4

Cara Memasak:

1. Gaulkan daging dengan rempah yang dah dibancuh dengan sedikit air. Mesin atau blend bahan bertanda *.

2. Dalam kuali, tumis rempah 3 sekawan serta tumis bahan blend hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar, tumis hingga agak garing. Masukkan garam, gula, merah dan perasa.

4. Masukkan daging yang dah digaul dengan rempah tadi. Biarkan rempah agak masak dan kemudian masukkan air dalam 3 cawan.

5. Kemudian, masukkan kentang, masukkan asam keping dan masukkan bawang goreng dan kicap.

6. Bila daging dan kentang dah empuk, masukkan santan dan biarkan hingga daging agak pekat. Kalau daging belum cukup empuk boleh tambahkn air lagi.

7. Akhir sekali masukkan cilipadi dan bawang belah. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Mazliza Ahmad – MAHN

Comments are closed.