Resepi Kek Pisang Lembab
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh bikarbonat soda* (* bahan-bahan yang perlu diayak)
10 biji pisang emas dilenyek (guna 7 biji pisang berangan pun boleh)
125gm butter dicairkan – dan disejukkan
1 cawan gula perang
1 sudu ovellet
1 sudu vanilla
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair
Cara Membuat:
1. Pukul telur bersama ovellet dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan butter yang telah dicairkan.
3. Kemudian masukkan pisang yang telah di lenyek, susu cair dan di gaul rata.
4. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit butter dan di alas dengan kertas minyak.
6. Selepas itu bolehlah dibakar dalam masa 40 minit atau sehingga masak.
7. Biarkan kek sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan.