Kek

Resepi Kek Lapis Surabaya

resepi-kek-lapis-surabaya

Resepi Kek Lapis Surabaya

Bahan-Bahan:

Bahan Kek Vanila –

10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160gm gula kaster
70gm tepung Hong Kong
30gm susu tepung
200gm mentega cair
2 sudu kecil ovelette
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh krim of tartar

Bahan Kek Coklat –

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80gm gula kaster
25gm tepung Hong Kong
15gm serbuk koko
10gm susu tepung
100gm mentega cair
1/2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh ovelette
1/8 sudu teh krim of tartar

3 biji Loyang 8″ di alas kertas minyak dan di gris.
Jem secukupnya untuk di sapu pada kek

Cara Membuat:

Adunan Kek Vanila –

1. Pukul putih telur dan krim of tartar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

2. Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovelette, pukul hingga kembang dan berkrim.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan mentega berselang seli dan pukul hingga rata dan sebati.

4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, kaup balikkan hingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Lemon Blueberry Pound Cake

5. Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian. Tuang ke dalam 2 loyang berasingan dan bakar selama 15 minit. Sejukkan dahulu.

Adunan Kek Coklat –

6. Ulangi langkah yang sama 1 – 3. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit. Sejukkan dahulu.

7. Untuk mencatumkan kek, ambil sekeping kek vanila, sapu jem pada permukaanya. Kemudian letakkan lapisan kek coklat di atasnya. Sapu jem pada permukaanya dan akhir sekali letakkan sekeping lagi lapisan kek vanila di atasnya.

Kek Lapis Surabaya