
Resepi Kek Pandan Marble
Bahan-Bahan:
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan (Boleh susu segar)
50 g minyak jagung
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder* (*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste
1 camca teh serbuk koko
1 /2 camca teh esen vanilla
1 camca teh coklat emulco
Cara Membuat:
1. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
3. Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
4. Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
5. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan kek sebelum dihidang.