Kek

Resepi Kek Marble Tiga Rasa

resepi-kek-marble-tiga-rasa

Resepi Kek Marble Tiga Rasa

Bahan-Bahan:

250g butter
170g gula castor
4 biji telur [email protected]
1sk butter oil
50g susu segar/full cream
210g tepung naik sendiri
1sk perisa pandan + pewarna hijau
2sb serbuk koko

Cara Membuat:

1. Mix butter + gula hingga kembang (adunan bertukar kaler dari kuning ke putih). Masukkan telur 1 per 1 dan mix sebati. Masukkan butter oil, mix sebati. Selang selikan tepung dan susu hingga habis, putar sebati.

2. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian letak perisa pandan + pewarna hijau. 1 bahagian lagi letak serbuk koko dan 1 lagi adunan biar yang asal.

3. Sediakan loyang 8 inci, alas dengan baking paper. Letak ketiga-tiga adunan ke dalam loyang mengikut kreativiti masing-masing.

4. Cara saya, saya letak setiap adunan dalam piping bag dan saya dot-dotkan dalam loyang secara rawak.

5. Panaskan oven sebelum letak adunan dalam oven. Bakar pada suhu 160c selama 40 minit atau sehingga masak. Bila dah masak cucuk dengn lidi, kalau bersih bermakna dah masak sempurna. Sejukkan sebelum dipotong.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Gulung Coklat

Resepi Oleh : Nurul Fadilah