Kek

Resepi Kek Kukus Buah Prune

resepi-kek-kukus-buah-prune

Resepi Kek Kukus Buah Prune

Bahan-Bahan:

250gm mentega
360gm tepung gandum
3 biji telur Grade A
170gm gula kaster
1 biji buah pala
120gm gula kasar (dijadikan gula hangus)
250gm buah prune di gunting kecil
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream of tartar

+ Loyang 8″ atau tin susu pekat manis di gris

Cara Membuat:

1. Ketuk sedikit buah pala, sangai hingga naik bau, kemudian tumbuk hingga halus.

2. Satukan buah prune, tepung gandum, serbuk buah pala, soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul rata. Ketepikan.

3. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu, pukul hingga berkrim.

4. Kaup balik dengan tepung sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.

5. Masak gula hingga perang, tutup api, kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga rata. Tuang ke dalam adunan kek dan gaul dengan cepat hingga sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang, tutup dengan aluminum foil dan ikat kelilingnya dengan tali,

7. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 3 jam.

Tip : Jika menggunakan tin susu pekat manis, masukkan adunan dgn beri ruang 1 in dari permukaan tin untuk kek menaik.

Kek Kukus Buah Prune