Kek

Resepi Kek Hokaido

resepi-kek-hokaido

Resepi Kek Hokaido

Bahan-Bahan:

4biji kuning telur
30gm gula castur
1 sudu kecil esen vanila
40ml susu segar
4oml minyak mkn
55gm tepung kek
20gm tepung castard
1 sudu kecil b.powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula castur

Cara Membuat:

1. Tepung kek, tepung kastard dan baking powder diayak, serta kuning telor dipukul bersama.

2. Kemudian masukkan vanila susu dan minyak.

3. Pukul rata dan masukkan bahan yang diayak serta digaul rata.

4. Pukul putih telur hingga berbuih.

5. Kemudian masukkan gula dan garam.

6. Pukul tahap laju (pastikan bekas dalam keaadan kering).

7. Masukkan 1/2 dalam adunan tepung tadi secara kaup balik dan masukkan baki selebihnya.

8. Kemudian masukkan dalam cawan kertas 3/4 penuh.

9. Bakar hingga masak dalam masa 20-25 minit dan sejukkan.

10. Untuk Krim Kastard, campurkan 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung, 4 sudu besar gula, 1 cawan susu segar, satu biji telur SAIZ C, 1 sudu besar majerin dan 1 sudu kecil esen vanila.

11. Kemudian kacau atas api hingga licin.

12. Angkat dan sejukkan.

13. Boleh lah dipaip pada kek tadi.

kek-hokaido