
Resepi Kek Brownies Oreo
Bahan-Bahan:
90g butter/marjerin
250g milk chocolate
85g gula kastor
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
50g tepung gandum
Sedikit baking powder
10-12 keping biskut Oreo
Cara Membuat:
– Panaskan oven, suhu 170c.
1. Hancurkan biskut oreo, bahagikan kepada 2 bahagian, separuh untuk diletakkan dalam adunan brownies dan separuh lagi untuk hiasan brownies.
2. Cairkan coklat dan marjerin dengan menggunakan kaedah double-boiler. Tutup api bila sudah cair.
3. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau dengan menggunakan whisk.
4. Masukkan tepung, baking powder dan biskut oreo yang dihancurkan, kacau sehingga sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan mentega atau baking paper. Hiaskan dengan biskut Oreo.
6. Bakar di dalam oven selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.