Biskut

Resepi Biskut Shortbread Marble

resepi-biskut-shortbread-marble

Resepi Biskut Shortbread Marble

Bahan Shortbread:

300gm tepung gandum
125gm gula halus
80gm serbuk badam
250gm mentega
110gm susu tepung

Bahan Coklat Topping:

350gm coklat masakkan
1 camca teh shortening
200gm white cooking choclate

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan untuk shortbread dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut.

2. Keluarkan alat pemotong dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.

3. Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan-tekan supaya sama rata dan seimbang.

4. Masukkan kembali alat pemotong dan tekan perlahan hingga rata. Bakar dalam oven pada suhu 150’C selama 20 minit. Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan alat pemotong tadi dan biar shortbread betul-betul sejuk.

5. Panaskan coklat masakan secara double boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata.

6. Angkat coklat tadi dan tuang atas shortbread. Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan shortbread. Ketepikan sebentar.

7. Cairkan white cooking chocolate secara double boiler. Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi. Bila siap. Ambil lidi sate atau chopstick, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Siput

8. Kemudian, masukkan kembali alat pemotong tadi dan tekan perlahan. Sejukkan dalam peti sejuk hingga colat keras, keluarkan alat pemotong dan boleh diasingkan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

P/s: Saya guna loyang 10′ biskut tebal dan kurang ranggup kalau nipis lagi mungkin biskut dia ranggup atau lebihkan waktu bakar.

NAK LAGI RESEPI BISKUT RAYA? DOWNLOAD APLIKASI ANDROID RESEPI BISKUT RAYA