Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Pari Bakar Sambal

resepi-ikan-pari-bakar-sambal

Resepi Ikan Pari Bakar Sambal

Bahan-Bahan:

Ikan Bakar –

15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
1 biji tomato
Kisar semua bahan hingga halus
1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa tanpa air. Ada orang rendam 5 minit dalam air kapur utk hilangkan hancing.
Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih
beberapa helai daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
( utk perah atas ikan )
Daun ketumbar ( racik kasar )
Garam

Bahan Pencicah (Sambal Kicap):

Cili padi 5-10 tangkai – Ikut selera
5 ulas bawang putih
1 sudu gula pasir
1 sudu gula merah
Garam secukuprasa
Serbuk Perasa – Jika suka
Sedikit jus limau

Cara Membuat:

Ikan Bakar –

1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata jangan sampai hangus.

2. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.

3. Alas daun pisang diatas alat pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. tutup ikan dengan sambal skali lagi. Bakar ikan hingga masak.

4. Perahkan limau dan taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap.

Sambal Kicap –

1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih tersebut sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan.

2. Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir dan gula merah, garam dan perasa. Bila sudah siap ditumbuk, bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau. Sedia untuk dihidang.

ikan-pari-bakar-sambal