Resepi Biskut Semprit Gebu

Resepi Biskut Semprit Gebu

Bahan-Bahan: (200 Biji)

200 gm marjerin/butter
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 (setengah) cawan gula
1 biji Kuning Telur
1 sudu esen vanila
Hirisan buah Ceri secukupnya
Pewarna Kuning Telur

Cara Membuat:

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.

2. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning.

3. Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit demi sedikit.

4. Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya.

5. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C. Simpan dalam bekas yang sesuai.