Resepi Fruity Cheesekut

Bahan-Bahan:

1 bungkus biskut cream crackers original
1/2 tin susu pekat manis
200gm cream cheese
1 kotak susu segar
Buah-buahan (ikut suka)

Cara Membuat:

1. Masukkan cream cheese, susu pekat dan 3 sudu susu segar ke dalam blender. Kisar sampai kembang (tak trlalu pekat atau cair)

2. Potong dadu buah-buahan pilihan (saya pilih buah naga dan buah mangga).

3. Sediakan bekas. Seeloknya alas dengan kertas minyak untuk memudahkan proses mengeluarkn kek nanti.

4. Lapisan pertama, tuang cheese yang telah diblend. Celup biskut satu persatu ke dalam susu segar dan susun di atas lapisan cheese tadi.

5. Tabur buah-buahan yang dipotong dadu ke atas biskut dan tuang bancuhan cheese di atasnya.

6. Ulang step yang sama sampai habis. Pastikan lapisan terakhir adalah cheese.

7. Deco ikut suka. Tutup rapat bekas tadi dan biarkan semalaman sebelum dipotong.

P/s: Cheesekut mudah cair jika dibiarkan terlalu lama di luar.

Resepi Oleh: Sutina Phang

Comments are closed.