Resepi Donut Pandan
Bahan-Bahan:
Bahan A –
200gm tepung roti
50gm tepung kek
5gm yis
Bahan B –
30gm gula kastor
5gm garam halus
10gm tepung susu
Bahan C –
25gm telor –
120gm air dingin
1 sudu kecil pandan paste **optional
Bahan D –
40gm mentega
Bahan hiasan –
Gula halus
Cara-cara:
1. Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C. Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
2. Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
3. Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit, biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
4. Kemudian, tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagikan dan bulat-bulatkan doh kepada 50gm setiap satu. Rehatkan 10 minit, kemudian terapkan tengah-tengah doh dengan tutup botol air (kalau ada acuan donat lagi senang).
5. Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
6. Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan.
7. Angkat dan toskan, gulingkan dengan gula halus masa panas. Boleh hidangkan dengan Milo panas.
Resepi Oleh: Tuan Abam Aduka