Manisan

Resepi Dessert Creme Brulee ala Kayangan

resepi-dessert-creme-brulee-ala-kayangan

Resepi Dessert Creme Brulee ala Kayangan

Bahan-Bahan:

  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 1/2 cawan heavy whipping cream
  • 3/4 cawan gula
  • 8 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 7 sudu teh gula, untuk topping
  • Air mendidih untuk “water bath”

Cara Membuat:

1. Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.

2. Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biarkan suam sebentar, ketepikan.

3. Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih.

4. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.

5. Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins (water bath). Bakar selama 55-60 minit.

6. Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Mayonnaise Chocolate Indulgence

Untuk Topping: Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” selama 3-5 minit atau sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh di hidangan kan.

Nota: Custard ni boleh disediakan sehari hari lebih awal atau awal pagi dan sejuk kan dalam chiller.

Resepi Dessert Creme Brulee ala Kayangan

Resepi Oleh: Lina Thomas