
Resepi Cheese Muffin
Bahan-Bahan:
Bahan Kering –
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah –
1 biji telur gred A
1 cwn susu segar/susu cair
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn cheddar cheese ~ diparut
Cara Membuat:
1. Ayak bahan kering, baking powder, gula kastor dan garam.
2. Dalam mangkuk yang lain campur bahan basah telur, susu, dan minyak. Pukul sekejap sahaja sekadar untuk bercampur adunan.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke dalam campuran tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga rata.
4. Sudukan adunan muffin ke bekas acuan yang sudah diglis dengan sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletakkan dalam papercup, isi 3/4 penuh, tabur sedikit parutan cheedar cheese diatasnya.
5. Panaskan oven dengan suhu 180’C ~ 200’C dan bakar selama 20 ~ 25minit.
Nota: Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras, membuat muffin telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan tangan sahaja. Suhu oven sebaiknya tinggi 180~200’C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit, bila dah panas masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven, insyalah muffin akan naik dengan cantiknya.