Manisan

Resepi Bubur Pulut Hitam

resepi-bubur-pulut-hitam

Resepi Bubur Pulut Hitam

Bahan-Bahan:

1 cawan beras pulut hitam – direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan segar
2 helai daun pandan

Cara Membuat:

1. Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).

2. Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.

3. Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.

4. Padamkan api. Biarkan bubur suam sedikit, kemudian hidangkan.

bubur-pulut-hitam