Kek

Resepi Kek Mudah 6 Bahan, Boleh Kukus atau Bakar

kek-mudah-6-bahan

Untuk yang buat apam 3 bahan tak jadi tu boleh cuba resepi ni.

Sebab ramai sangat kecewa sebab buat kek 3 bahan tu tak menjadi. Memang ada teknik kalau buat kek guna telur semata sebagai ejen pengembang ni. Macam buat kek span lah, silap teknik tak jadi span jadi kek biasa tak pun bantat hihi..

Jadi siapa yang nak juga cuba buat apam atau kek viral 3 bahan tu, Kekny syorkan korang tambah ovallete dan baking powder atau macam Kekny guna tepung naik sendiri. Sedap dan gebu betul kek tu bila naik. Makan panas atau biar sejuk pun masih gebu dan lembut. Kekny bakar sebab malasnya nak keluarkan periuk kukus kahkah.. demam hari ni semua malas hihi.. Bila bakar rasa dia macam bauhulu yang telah dinaiktaraf kahkah sedap.

Tak mahal ovallete tu, pasaraya dan kedai baking ada jual. Kalau tak ada tepung naik sendiri boleh tambah 1/2 sudu teh baking powder kedalam tepung gandum biasa dan ayak.

Kekny juga pakai mixer dan tak pakai blender. Kalau korang pakai blender make sure korang blend sampai texture telur gula dan ovalette jadi gebu putih berbuih dan pekat baru gaul teoung sedikit demi sedikit ye

Korang share ye supaya banyak orang dapat manfaatnya

Kek Mudah 6 Bahan Je, Boleh Kukus atau Bakar

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung naik sendiri (ayak)
3 biji telur
1 cawan gula castor (kekny guna 1/ 2 cawan nak kurangkan manis)
1 sudu besar ovallete
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna

Cara Membuat:

1. Dalam mangkuk pemutar, Masukkan telur, gula, ovallete dan esen vanilla, pukul sehingga putih dan ringan serta pekat. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil putar.

2. Bahagikan adunan dan campur pewarna. Masukkan dalam acuan size 7 inci. Boleh kukus atau di bakar selama 25 ke 35 minit ikut saiz acuan. Kalau bakar suhu oven 170C. Saya bakar je.

Cuba Resepi Ni:  Thai Premium Butter Cake Perisa Pandan Kelapa

Tips kukus kek atau apam dengan cantik, tak kemek dan kedut;

1. Pastikan balut penutup periuk kukus dengan kain bersih atau balut permukaan acuan dengan aluminium foil agar air kukus tak timpa kek.

2. Guna acuan yang sesuai bukan bekas plastik bekas isi makanan atau bekas ais krim. Ini akan sebabkan kek tu kecut ketepi dan mendap. Sebaiknya guna acuan kek besi tu, acuanya cepat panas, kek naik gebu.

3. Air kukus perlu cukup penuh ye bukan paras vawah je baru haba kukus tu cukup panas nak gebukan kek atau apam. Tapi jangan penuh sangat sampai melimpah atau meruah.

3. Kek juga perlu dimasukkan apabila air kukus mendidih sepenuhnya. Jangan masuk awal semasa air tak mendidih. Ini akan menyebabkan kek atau apam menjadi bantat. Lepas masuk jangan buka langsung periuk kukus sehingga mencapai 25 minit barulah dibuka dan cek kek dah masak ke belum.

Selamat mencuba ye.

Oleh: Eny Yusnizar Abdulla