Puding

Resepi Puding Cermin Buah

resepi-puding-cermin-buah

Resepi Puding Cermin Buah

Bahan-Bahan:

Agar-agar tali 25 g
Potongan buah
1¹/² cawan gula
1/2 tin susu cair
1500 ml air
Gula batu (tak nak letak pon takpe)
Loyang 9×9

Cara Buat:

1. Masak 1500 ml air bersama agar-agar tali hingga hancur. Masukkan gula dan gula batu biar hancur semua, jadi agar-agar jernih ye.

2. Masukkan sedikir agar-agar jernih ke dalam loyang biar penuh permukaan, sebelum tu basahkan sedikit dalam loyang tu.

3. Biarkan keras sedikit, susun buah yang telah dipotong. Masukkan sedikit lagi agar-agar jernih tadi hingga tengelam buah.

4. Biarkan keras seketika. Baki agar-agar jernih tadi masukkan dengan setengah tin susu cair.

5. Masukkan agar-agar campur susu tadi kedalam lapisan atas tadi secara perlahan hingga habis, guna senduk ye. Ok siap! biarkan sejuk hingga puding betul-betul keras.

6. Bila dah keras, sisipkan tepi loyang dengan pisau, letak papan kek ke permukaan loyang dan terbalikkan. Tekan tapak loyang sedikit nak bagi puding keluar.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Puding Roti Ala Tembikai

7. Untuk potongan yang cantik, potong 6×6 36 pcs. Potongan dengan pisau tajam puding tidak berderai dan cantik sebab buah lembut dan puding keras elok.

Resepi Puding Cermin Buah

Resepi Oleh: Schaa Basri