Biskut, Kuih Raya

Resepi Biskut Bunga Dahlia

resepi-biskut-bunga-dahlia

Resepi Biskut Bunga Dahlia

Bahan-Bahan:

Bahan A –

250gm mentega
120gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur

Bahan B – (di ayak bersama)

230gm tepung gandum red rose
100gm tepung kastard
100gm tepung jagung
50gm tepung ubi

Hiasan – Ceri merah/ceri hijau

Cara Membuat:

1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.

2. Gunakan acuan dahlia dan tekan di atas loyang yang telah di leser dengan majerin.

3. Sapu sedikit telur putih di tengah biskut (supaya ceri tidak tanggal apabila biskut masak) dan hias dengan ceri merah dan hijau.

4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 20 minit atau sehingga kekuningan. Simpan dalam bekas yang sesuai.