Snek

Resepi Bepang Kacang

resepi-bepang-kacang

Resepi Bepang Kacang

Bahan-Bahan:

300gm kacang tanah
200gm bijan
200gm gula pasir
Air secukupnya
Loyang kuih bentuk empat persegi

Cara Membuat:

1. Kacang tanah dan bijan digoreng tanpa minyak secara berasingan. Ketepikan.

2. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Masukkan air dan dikacau dengan cepat. Ketepikan.

3. Sapukan sedikit minyak masak di dalam loyang.

4. Taburkan bijan hingga rata diikuti dengan kacang tanah. Kemudian tuangkan karamel hingga rata.

5. Potong bepang ini bentuk empat segi ketika panas dan sejukkan.

Tip : Potong ketika panas agar potongannya cantik dan tidak pecah.

bepang-kacang