
Resepi Bebola Roti Rangup
Bahan-Bahan:
4 keping roti sandwich ~ dipotong kecil
2 bj telur
1 kiub perasa ayam
1 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
daun sup ~ dihiris
bawang besar ~ didadu
lada merah / lada hijau ~ dihiris
sedikit carrot ~ dihiris halus
lada sulah secukupnya
garam secukup rasa
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Pukul telur, masukkan bawang putih, lada sulah dan kiub ayam. Pukul sebati.
2. Masukkan roti, daun sup dan bawang besar, lada dan carrot. Ramas2 roti supaya sebati.
3. Ambil sedikit adunan, kepalkan hingga menjadi bebola. Salutkan dengan serbuk roti. Buat hingga habis.
4. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan garing. Hidangkan panas-panas bersama sos cili.