Resepi Asam Tumis Daging
Bahan-Bahan:
500 gram daging dihiris ikut suka
20 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 halia dikisar
1/2 kunyit hidup dikisar
sedikit belacan dikisar
3 batang serai dititik
1 cekak daun kesum dilurut dari tangkainya
2 kuntum bunga kantan dibelah 2
1 mangkuk kecil air asam jawa (jangan pekat sangat)
garam dan gula secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai yang dititik hingga naik bau dan pecah minyak. Saya suka tumis lama dan sering dikacau supaya cantik tumisannya.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau sebati. Tambahkan dengan hirisan daging. Gaulkan dengan bahan tumis tadi dan tutup periuk. Kacau sekejap.
3. Bila air daging telah kering, tambahkan dengan air ikut suka banyak mana kuah yang kita mahu.
4. Bila kuah telah menggelegak, tambahkan dengan air asam pula. Masak lagi hingga daging empuk.
5. Tambahkan dengan daun kecum dan bunga kantan. Kalau suka boleh masukkan bunga kantan setelah menambahkan air asam ke dalam masakan.
6. Biar di atas api seketika dan boleh dihidangkan.