Puding

Resepi Puding Roti Sumi Mangga

puding-roti-sumi-mangga

Resepi Puding Roti Sumi Mangga

Bahan-Bahan:

20g agar-agar tali – Rendam 1 jam lebih
4 keping roti gardiner – Buang kulit tepi, carik kecil-kecil
1 cawan gula
5 cawan air
1 tin susu cair
1 biji telur gred A
2 sudu besar marjerin – Cairkan dulu
3 sudu besar susu pekat manis
2 peket jelly mangga – 3 peket lagi cantik, Nampak penuh/padat pada puding tu
Pewarna oren
2 helai daun pandan – Simpulkan, tak nak letak pun boleh
Secubit garam

Cara Membuat:

1. Kisarkan roti, susu cair, susu pekat, telur, dan marjerin hingga hancur halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agarr tali dengan 5 cawan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan daun pandan, larutkan juga.

3. Tuang bahan kisar tadi, kacau rata dan sebati. Masukkan secubit garam. Masak hingga mendidih sekejap, tutupkan api.

4. Basahkan loyang/acuan dulu. Susun jelly mangga, ikut kreativiti sendiri. Tuang sedikit adunan atas jelly, biarkan beku.

5. Lebihan adunan bahagi 2 bekas. Satu plain, satu lagi masukkan pewarna oren.

6. Adunan plain tuang atas jelly mangga tadi, biarkan sedikit mengeras. Tuang perlahan-lahan pula adunan oren. Tunggu sejuk.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Triple Coklat Gabungan Tiga Jenis Coklat

7. Sejukkan dalam peti sejuk hingga 2-3 jam ke atas. Potong dan sedia untuk dimakan.

Resepi Oleh: Zura Zul