Memang Sedap Daging Tetel Masak Kuah Dalca

Memang Sedap Daging Tetel Masak Kuah Dalca

Hari ni masak “Daging Tetel masak Kuah Dalca”. Dah lama betul tak buat. Makan dengan roti canai dah tentu sedap. Makan dengan nasi briyani ke, nasi minyak ke. Ngam teruk ye. Tapi hari ni makan dengan nasi putih, lawan dengan sambal belacan. Nak resepi? Meh aku share. Malam karang kompem beli roti canai.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilo daging (kalau daging tetel lagi sedap)
  • 1 batang carrot
  • 5 biji kentang
  • 3 batang terung
  • 2 genggam kacang dal
  • 4 batang kacang panjang
  • Rempah kari daging/ayam
  • 3 sekawan
  • Serbuk kunyit
  • Santan 1 kotak kecil
  • Daun kari

Bahan Kisar:

  • Bawang merah 10 ulas*
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Halia seinci*

Cara Membuat:

1. Blend atau kisar semua bahan bertanda (*). Rendam kacang dal dalam setengah jam. Rebus daging tu awal-awal, air rebusan jangan dibuang. Panaskan kuali, masukkan daun kari, rempah 3 sekawan dan tumis macam biasa. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk rempah kari, tak perlu banyak macam masak kari biasa, separuh je dari biasa. Kalau biasa masak kari daging 6 sudu besar, buat dalca 3 sudu besar. Masukkan serbuk kunyit dan masak rempah sehingga pecah minyak.

3. Seterusnya, masukkan air rebusan daging dan masukkan sayur carrot dan kentang, reneh sampai empuk. Dah empuk masukkan santan, lebihan sayur lain seperti terung dan kacang panjang. Masukkan kacang dal dan daging tadi. Didihkan dan perisakan dengan garam dan perasa. Siap! Bersedia menambah nasi.

Ramai Yang Dah Cuba Daging Dendeng Ni, Memang Sedap! >> KLIK DI SINI

Memang Sedap Daging Tetel Masak Kuah Dalca

Resipi Oleh: Syalfarina Razali