Kuih Muih

Resepi Kuih Lapis Labu Gedik

resepi-kuih-lapis-labu-gedik

Resepi Kuih Lapis Labu Gedik

Bahan-Bahan:

1/4 biji labu saiz sederhana (dikukus, dan blender halus – anggaran ½ cawan selepas diblender, saya guna pengisar kering sahaja)
4 cawan santan segar – Dipanaskan atas api perlahan hingga suam kuku

Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata bahan-bahan ini:

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 – 1 cawan gula halus (saya guna 3/4 cawan sahaja – kisar gula supaya senang larut)
1/4 camca teh garam

Carrra Buat:

1. Tuangkan santan suam tadi ke dalam campuran tepung dan kacau sebati guna hand whisker kemudian tapis.

2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampurkan dengan labu.

3. Panaskan kukusan hingga air mendidih, panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu. Loyang dah betul panas baru start melapis. Kukus dengan api sederhana.

4. Setiap lapis, kukus selama 5 minit. Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit.

Nota: Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, bukak penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10 minit lagi. Biarkan wap air atas kuih mengering.

Resepi Kuih Lapis Labu Gedik

Resepi Oleh: Marlia Lia