Kek Marble Kampung Mudah Bahan-Bahan Senang Dapat

Kek Marble Kampung Mudah Bahan-Bahan Senang Dapat

Tekak ni teringin ja nak makan kek marble ala kampung. Tapi nak ayaq tangan sendiri punya. Gituu. Bukan seorang baker ya. Sejak bulan posa haritu dah kerasukan nak buat kuih raya sendiri. Walau kuih raya simple ja, alhamdulillah boleh kata menjadi jugak la semua. Kita folow resepi Che Nom ja kat utube tu.

Tengok bahan semua ada, zass kita onz resepi Kek Marble Kampung resepi Che Nom. Bahan senang dapat dan opkos senang nak folow gak. Hasilnya! 1st time jugak kita try buat. MasyaAllah! Dap uhh gu ngan kopi. Ohh che nom che nom che nom. Hahah. Pasni tapayah beli dah la kek kat luaq. Kita bikin seniri ja. Tu pun kalu urat rajin timbui.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 bijik telur (saiz A @ B)
  • 3 sudu susu pekat
  • 3/4 cawan susu cair/susu full milk
  • ovelate (optional)
  • Esen vanila 1 sudu kecil.

Cara Membuat:

1. Putarkan margerin dengan gula kastor dulu sampai kembang sikit dan warna bertukar putih. Pastu masukkan telur sebijik demi sebijik. Masukkan ovelate. Putar lagi. Masuk esen vanila. Masukkan 3 sudu makan susu pekat. Tambah 3/4 susu cair. Putar lagi.

2. Last masukkan tepung sedikit demi sedikit. Boleh bahagikan kepada 2 bahagian nak buat flavor apa. Saya buat ni flavor Ori + kopi Min Kaffe k (sebab serbuk koko takde) hihi.

3. Sapu loyang dengan marjerin atau minyak kalau takda baking paper tu. Pastu selang seli masukkan adunan flavor untuk nampak belang-belang dia bila dipotong nanti. Panaskan oven terlebih dahulu dalam 10 minit.

4. Pastu masukkan loyang dan bakar api atas bawah 160/170 darjah celcius dalam masa 50/60 minit. Bergantung pada oven ya. Cucuk dengan lidi, kalau tak melekat tu dah masak la.

Resepi Kek Marble Kampung ala Che Nom ni memang moist. Tak kering ya. Sedap lemak-lemak berkrim gitu. Huhu. Semoga menjadi ya.

Kek Marble Kampung Mudah Bahan-Bahan Senang Dapat

Resepi Oleh: Rafida Shaharuddin