Biskut, Snek

Cara Buat Biskut Pepero

cara-buat-biskut-pepero

Cara Buat Biskut Pepero

Bahan-Bahan:

1 biji kuning telur
1 biji putih telur
3 1/2 oz milk chocolate
1 oz white chocolate
1/4 cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula
1/8 sudu kecil garam
1/4 cawan mentega
2 sudu besar air
1 1/2 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking powder

Cara Membuat:

1. Campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan. Satukan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi. Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.

4. Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.

5. Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari. Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.

6. Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius. Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

7. Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler. Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.

8. Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.

homemade-pepero