Kuih Muih

Kuih ala Vietnam Bebola Ubi Keledek

kuih-ala-vietnam-bebola-ubi-keledek

Kuih ala Vietnam Bebola Ubi Keledek

Pertama kali cuba dan makan, semua cakap sedap. Makna kata lepas ni boleh lah buat lagi.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji ubi keledek
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 3 sudu santan – optional

Bancuhan Tepung:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1/2 cawan air ais – tak habis guna pun untuk bancuhan

Cara-Caranya:

1. Ubi keledek dibuang kulit, direbus lembut kemudian dilenyek atau dihancurkan hingga halus bersama dengan gula, susu pekat manis dan santan.

2. Masukkan tepung gandum sebatikan. Bentukkan bulat-bulat atau bentukkan bujur buat hingga habis.

3. Satukan tepung beras, telur, garam dan tuang air sedikit-sedikit sambil bancuh. Bancuhan cair sedikit.

4. Panaskan minyak, celup bebola keledek ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga warna keemasan.

Kuih ala Vietnam Bebola Ubi Keledek

Resepi Oleh: Julia ALeen Aireish