Roti

Bun Sardin Dengan Taburan Cheese dan Bijan

bun-sardin-dengan-taburan-cheese-dan-bijan

Bun Sardin Dengan Taburan Cheese dan Bijan

Bun sardin untuk minum petang. Separuh ditabur bijan. Separuh ditabur cheese mozzarella.

Bahan Bun:

  • 370gm tepung roti
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 250 ml susu segar suam
  • 3 sudu besar gula
  • 10 gm mauri pan/instant yeast
  • 2 sudu besar butter (suhu bilik)
  • 70gm tangzhong (1 sudu besar tepung, masak dengan 5 sudu besar susu segar hingga menjadi pes, seperti gam kanji. Sejukkan)

Cara Membuat:

1. Masukkan gula dan yis dalam susu suam, Kacau hingga larut. Biar 10 minit hingga berbuih. Campurkan tepung, garam dan baking powder. Masukkan larutan yis serta tangzhong dan uli 10 minit. Masukkan butter. Uli 5 minit.

2. Letak doh yang dah diuli dalam mangkuk bersapu sedikit minyak. Biar doh naik, 45 minit. Tumbuk doh. Bahagi doh pada dua. Bahagikan pada 6 bahagian tiap satu. Jadikan 12 bebola. Biarkan 15 minit.

3. Leperkan setiap bebola, masukkan inti. Bulatkan kembali. Biar 45 minit. Panaskan oven 180 darjah Celsius. Sapukan telur yang dipukul atas bun, tabur bijan atau mozzarella parut. Bakar selama 20 minit atau hingga perang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Coklat Marble

Nota: Inti, saya guna inti karipap sardin, tak letak kentang, cili lebih.

Bun Sardin Dengan Taburan Cheese dan Bijan

Resepi Oleh: Ummu Ashraf