Ayam dan Ikan Siakap Mangga Dengan Sos Thai

Ayam dan Ikan Siakap Mangga Dengan Sos Thai

Menu ala THAI yang hampa kena cuba. Ni menu kesukaan keluarga saya. Sos pun versi mudah saja, boleh buat stok. Bebila nak makan senang, nak buat pencicah pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam (ambil bahagian isi)
  • 1 1/2 senduk tepung bestari

Satukan ayam dan tepung. Masukkan sedikit air, gaul sebati dan perap sekejap dalam 10 minit. Tak nak perap pun boleh ja. Satukan bahan kering ini dalam bekas;

  • 1 senduk rata tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras membukit
  • 3-4 senduk tepung bestari

Gaul rata semua bahan ini.

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, ambil ayam yang diperap tadi dan salutkan dengan tepung yang kering (tepung yang kita satukan tadi).

2. Apabila minyak dah panas, masukan ayam dan goreng hingga garing. Toskan.

Cara Buat Untuk Ikan Siakap:

3. 1 ekor ikan siakap (besiang dan basuh bersih dengan air asam jawa atau perahan limau untuk hilangkan bau hanyir). Lumur dengan sedikit garam.

4. Kemudian lumurkan dengan sedikit tepung gandum disemua permukaan ikan dan dalam perut ikan. Lumurkan pula tepung jagung.

5. Panaskan minyak dan apabila minyak dah panas bolehlah goreng ikan hingga garing. Toskan.

Bahan Untuk Sos Thai:

  • 1 botol besar sos pencicah Thai
  • 1/2 botol kecil sos cili Thai brand Life
  • 1 sudu besar kicap sotong (sos ikan)
  • 5 biji cili padi siam (hiris halus)
  • 4-5 pcs akar ketumbar (diketuk)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)

Cara Membuat:

6. Masukkan sos pencicah thai, sos cili thai, kicap sotong, akar ketumbar dan cili padi siam dalam periuk. Renehkan hingga mendidih dan tutup api. Apabila dah suam, taburkan hirisan daun ketumbar.

Bahan-Bahan Lain:

  • Mangga muda diparut atau dicincang
  • Carrot diparut atau dicincang
  • Bawang besar hiris nipis
  • Cili padi siam kaler merah(hiris)
  • Cili hijau siam kaler hijau(hiris)
  • Daun ketumbar

Kena Guna Sos Original Thai Macam Ni Baru Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Ayam dan Ikan Siakap Mangga Dengan Sos Thai

Resepi Oleh: Mariana Zainal