Blog

6 Makanan Ini Dapat Putihkan Gigi Anda

6-makanan-ini-dapat-putihkan-gigi-anda

6 Makanan Ini Dapat Putihkan Gigi Anda

Siapa yang tidak ingin memiliki gigi putih yang cantik? Tentunya dengan gigi yang putih berseri akan membuat kita lebih berkeyakinan dan percaya kepada diri. Warna dasar gigi sebenarnya adalah putih, namun faktor zat-zat makanan yang kita makan dan bertambahnya usia membuat warna gigi kita berubah menjadi kuning. Namun ada juga makanan yang bermanfaat untuk memutihkan gigi. Berikut disenaraikan 6 makanan yang dapat membantu memutihkan gigi.

1. Strawberi

Strawberi bukan sekadar buah yang enak untuk dinikmati tetapi sebenarnya mampu memutihkan gigi secara asli, terutamanya semasa dimakan mentah. Selain kaya dengan vitamin C, ia juga mengandungi bahan antioksidan dan boleh membantu menghilangkan kesan karat pada gigi.

2. Keju

Keju mengandungi lactic acid yang berfungsi untuk melindungi gigi. Keju bukan sahaja bermanfaat untuk memutihkan gigi dan melindungi gigi dari berbau busuk, malah turut mengandung kalsium dan fosfor yang berguna dalam pembentukan enamel gigi.

3. Lemon dan Garam

Kita boleh memutihkan gigi dengan menggunakan ‘paste’ yang diperbuat dari beberapa titis jus lemon yang telah dicampur dengan secubit garam. Gunakan paste tersebut ke gigi dan gosok secara lembut ketika sedang memberus gigi. Ia mampu membantu kita menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

4. Sari Epal dan Cuka Putih

Sari buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan untuk menghilangkan kesan karat pada gigi. Kedua-duanya mengandungi unsur pemutih yang mampu membantu menghilangkan tanda dengan cepat. Namun, kedua-dua bahan ini sifatnya sangat keras, elakkan dari menggunakan secara harian kerana ia boleh menimbulkan kerosakan pada lapisan enamel gigi.

5. Kulit limau

Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut. Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau, ia mampu membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

6. Daun salam

Daun salam mampu membuat gigi kita putih secara semulajadi. Ambil enam helai daun salam, kemudian jemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar helai daun salam tersebut, kemudian tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, dalam dua minggu kita akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi. InsyaAllah.

Biting an apple

Sumber: TryMasak.my