Resipi Pulut Lepa atau Pulut Panggang Terengganu
Pulut Lepa Terengganu, unik berbanding negeri lain kerana berintikan sambal ikan. Pantang lepa mesti habis.
Bahan Inti Pulut Lepa:
- Ikan selayang 10 ekor (direbus bersama garam dan 3 keping asam keping dan diambil isi dan lepas itu ditumbuk halus). Ketepikan.
- Bwg merah 6 biji (dimayang halus)
- Halia 1 inci (dihiris halus)
- Halba 1 sb
- Santan 1 kotak kecil (200ml)
- Garam
- Gula melaka atau gula putih
- Perasa
Cara Membuatnya: Masukkan isi ikan yang ditumbuk ke dalam kuali, kemudian masukkan santan, gaul dengan isi ikan. Masukkan pula bawang, kacau supaya isi ikan sebati dengan bawang. Bila hampir kering, masukkan halba. Kemudian masukkan garam dan gula, perasa dan masak hingga isi ikan jadi hampir kering atau lembap. Siap dan ketepikan.
Bahan Untuk Pulut:
- Beras pulut 4 cwn (dibersihkan dan direndam selama 4 ke 5 jam)
- Kelapa parut 1 biji (diperah santannya dan dicampurkan dengan garam dan sedikit gula. Biar rasa masin pada santan tu)
- Daun pandan 2 helai (dimasukkan dalam pulut bila dikukus)
Cara Membuatnya: Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukus dalam masa 25 minit. Keluarkan, arong dengan santan dan kukus kali kedua dalam 15 ke 20 minit. Ketepikan.
Cara Membuat Pulut Panggang:
1. Gunakan daun pisang untuk membalut pulut. Daun pisang dibersihkan dan dilayurkan atas api terlebih dahulu supaya lembut. Kemudian boleh dipotong mengikut saiz pulut yang nak dibuat (elok 2 lapis daun pisang untuk balut supaya tidak terbakar).
2. Daun pisang dilayur atas api dan disapu minyak (belah dalam) supaya pulut tak melekat. Tangan kita pun selalu dibasahkan dengan air supaya pulut tak melekat dan senang dibentuk. Bungkus memanjang dan dicucuk dengan lidi (seperti dalam gambar). Sapukan minyak masak pada belah luarnya, kemudian boleh mula membakar. Selamat mencuba.
Guna Pengukus Macam Ni Baru Pulut Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Muliadi Ramli


