Resipi Kek Buah Versi Kukus Super Moist

Resipi Kek Buah Versi Kukus Super Moist

Siapa suka kek kukus buah? Jom cuba resipi ni, cukup mudah untuk dihasilkan. Memang padat dengan buah dan rasa sedap.

Bahan A:

  • 300 gm gula pasir
  • 250 gm butter berkualiti tinggi
  • 500 gm mixed fruit
  • 50 ml air panas

Bahan B:

  • 350 gm tpg gandum*
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala@nutmeg*

Ayak bahan bertanda (*) dan ketepikan.

Bahan C:

  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat:

1. Mula-mula sediakan dahulu bahan-bahan A, sama seperti buat gula hangus. Masak gula sampai cair dan keperangan atau hangus, tuang air panas perlahan-lahan.

2. Cairkan balik gula tadi dengan masukkan butter. Bila butter dah cair, masukkan mixed fruit tadi. Kacau sehinggan sebati dan sejukkan.

3. Dalam bekas lain, putar telur dengan esen vanilla sampai berbuih (nak guna blender pun boleh). Tuang telur dalam adunan mixed fruit tadi. Kacau rata sambil masukkan bahan-bahan yang diayak tadi sikit demi sedikit.

4. Kacau rata sampai semuanya sebati. Masukkan dalam loyang 8×8 yang dilapik baking paper. Tutup dengan aluminium foil kukus selama 4 jam.

5. Sebenarnya 2 jam pun dah masak tapi untuk dapatkan kek buah yang moist perlu kukus selama 4 jam. 2 jam pertama api sederhana, 2 jam terakhir api perlahan. Sejukkan kek baru potong. Selamat mencuba yer teman-teman.

Nak Rasa Kek Kukus Klasik Yang Enak dan Sedap? Boleh Cuba Kek Kukus Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Kek Buah Versi Kukus Super Moist

Resepi oleh: Zaimah Zakaria