Resipi Agar-Agar Koko Mudah Guna Agar-Agar Tali

Resipi Agar-Agar Koko Mudah Guna Agar-Agar Tali

Alhamdulillah. Sedap makan agar-agar koko dalam cuaca panas dan juga sebagai pencuci mulut. Mudah juga membuatnya.

Bahan-Bahan:

  • 25 gram agar-agar tali
  • 5 cawan air masak (suhu bilik)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan gula (boleh tambah kalau nak lebih manis)
  • 1/2 cawan koko (dibancuh dengan susu cair tadi)
  • Boleh tambah 1 sudu teh butter untuk kilatkan agar-agar (optional)

Cara Penyediaan:

1. Cuci bersih agar-agar dan toskan. Masukkan semua bahan-bahan kecuali butter ke dalam periuk. Gunakan api sederhana besar.

2. Masak hingga larutan agar-agar mendidih dan agar-agar tali tidak kelihatan. Kacau selalu larutan.

3. Boleh masukkan butter bila larutan dah didih anggaran dalam 10 minit. Juga bila agar-agar tali dah larut semua. Kemudian, biarkan didih selama 5 minit lagi dan padamkan api.

4. Tapiskan larutan agar-agar. Masukkan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.

Boleh Guna Serbuk Koko Macam Ni Untuk Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Agar-Agar Koko Mudah Guna Agar-Agar Tali

Resipi Oleh: Suriea Mohd Noor