Makanan Laut, Udang

Resepi Udang Mentega

resepi-udang-mentega

Resepi Udang Mentega

Bahan-Bahan:

5 ekor udang besar
125gm mentega
6 biji telur kuning sahaja
5 tangkai cili kering |dihiris halus
5 helai daun kari
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak yang banyak dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

2. Panaskan mentega dan minyak dalam kuali kemudian masukkan telur kuning dan kacau perlahan-lahan sehingga telur menjadi bertali.

3. Kemudian masukkan cili kering, daun kari serta serbuk perasa secukupnya.

4. Akhir sekali masukkan udang kacau rata. Angkat dan hidangkan.