Kuih Muih

Resepi Apam Manja Lembut

resepi-apam-manja-lembut

Resepi Apam Manja Lembut

Bahan Inti:

1 cawan tepung gandum
3 sudu tepung kastad
1 cawan susu cair
2 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

Cara Membuat:

1. Campur kesemua bahan, kacau sehingga rata kemudian tapiskan.

2. Masakkan sehingga likat warna menjadi cerah.

Bahan Kulit:

2 biji telur*
1/2 cawan gula*
2 cawan susu cair*
2 cawan air
4 cawan tepung gandum
1 s/b baking powder
Secubit garam
3 s/b minyak masak
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat:

1. Blend bahan bertanda sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan tepung gandum, baking powder, garam, minyak masak, pewarna kuning, dan air.

2. Kemudian, kacau-kacau adunan sehingga sekata. Kemudian taruk atas kuali leper menggunakan senduk.

3. Setelah adunan masak letakkan inti di atas, kemudian lipat dan picitkan seperti dalam gambar.

Resepi Apam Manja Lembut

Resepi Oleh: Yat Haryati – MAHN